About Kedah DAP

My photo
Established since 1967

Saturday, December 26, 2009

Lawatan ke Taman PKNK (DUN angkat ADUN DAP)






Walaupun 25 Disember 2009 adalah hari percutian awam Hari Krismas, tetapi Unit Perkhidmatan DAP Kedah telah menjalankan tugas kami untuk melawat ke Taman PKNK yang dibawah DUN Derga.
Lawatan tersebut dianggotai oleh YB Lee Guan Aik, Sdr KB Teoh, Sdr Chow Hooi Pin, Sdr Hor Kek Koek, dan juga Ketua Kampung kawasan tersebut, pemimpin-pemimpin cawangan serta ahli-ahli cawangan Taman PKNK yang ditubuhkan baru-baru ini.

Kami menerima aduan daripada penghuni-penghuni dalam taman tersebut berkenaan dengan masalah sampah-sarap, penghuni yang menjalankan ubah-suai dan penyelenggaraan rumah yang tidak bertanggung jawab membuang batu-batan di persekitaran jalan dan juga jalan taman yang berlubang.

Selain daripada menerima aduan, Unit Perkhidmatan DAP Kedah juga menjalankan kempen daftar pengundi dan menghantar risalah "Rocketkini" ke setiap rumahtangga.
Kami mendapat sambutan yang begitu meriah daripada penghuni-penghuni berbilang kaum di Taman PKNK dengan mengalakkan DAP supaya dapat menjalankan lebih banyak aktiviti di taman tersebut.