About Kedah DAP

My photo
Established since 1967

Sunday, October 11, 2009

Ceramah DAP - Terima Kasih Atas Sokongan Anda





DAP Kedah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap penduduk-penduduk yang terdiri daripada Kaum Melayu, TiongHua, India dan lain-lain di sekitar tempat Alor Setar, atas kesudian anda semua menghadiri Ceramah DAP yang telah dianjurkan pada 9hb Oktober, 2009 bertempat di Dewan Persatuan Leong Say Tong.
Kami juga berasa bangga atas kehadiran Menteri Besar Negeri Perak yang sah, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan lain-lain pucuk pimpinan DAP dan Pakatan Rakyat.
Sekali lagi kami membuktikan, Kerajaan Pakatan Rakyat yang dibawah gabungan Parti DAP, KeADILan dan PAS adalah satu gabungan yang berjuang untuk semua rakyat, dan bukannya seperti UMNO Barisan Nasional yang berjuang hanya untuk sebilangan kecil kroni sahaja. Umno sanggup membuat sebarang fitnah terhadap DAP dengan menyatakan DAP anti-Islam dan lain-lain perkataan hasutan.
Dengan adanya kehadiran anda semua dalam ceramah malam tersebut, maka kita membuktikan, bahawa desakan dan fitnah yang dibuat oleh UMNO adalah bagai sampah dan langsung tidak boleh dipercayai.

Sekali lagi, DAP Kedah mengucapkan ribuan Terima kasih atas sokongan anda semua dan menyeru supaya terus memberi sokongan yang gemuruh kepada DAP dan Pakatan Rakyat.

DAP MENGALU-ALUKAN ANDA MENYERTAI SEBAGAI AHLI!
Hidup Rakyat!