About Kedah DAP

My photo
Established since 1967

Sunday, July 26, 2009

僅火箭呈名單‧吉民聯委會還未成立 [光明日报]





(吉打‧亞羅士打)吉打州行動黨撤銷退出吉州民聯的念頭後,呈上名單委派代表,以期由吉州三黨民聯領袖組成的行動委員會早日形成,但至今公正黨與回教黨未有任何動靜,3方的度會議仍遙遙無期。

吉玻民主行動黨州聯委會主席蘇建祥今日(週日,7月26日)接受《光明日報》記者訪問時說,民主行動黨7月中旬便把6人推薦為民主行動黨委員會代表的名單,提呈給吉打州大臣拿督斯里阿茲然,但至今未對方的核准,也不知道何時會成立委員會。

跟進新宰豬場事件
他指出,他希望能於7月30日(週四)或8月2日(週日)與大臣會面,以通過有關這名單。
們將會繼續跟進新宰豬場事件,並希望3方會議能夠儘速召開,以尋求解決方案。”

此外,吉玻民主行動黨宣传秘書開筆說,有關6名成員除了他本身外,還有蘇建祥、哥打達魯阿曼區州議員李源益、吉玻組織秘書趙德源、委員周煒坪及吉玻行動黨政治教育主任尼蘭梅詹。

公正黨吉打州聯委會主席阿末卡欣披露,民主行動黨未開會決定委員會成員名單,不過承諾會在近期與黨領袖開會商討。他補充說,他目前身在柬埔寨,所以不便詳談。
米都太子路過港宰豬場被拆除事件鬧得沸沸揚揚,更掀起吉打行動黨因不滿吉州政府種種政策和申訴不獲得重視,而提出退出吉州民聯。這事件引起全國民聯領袖矚目後,吉州大臣在挽救局面時,答應會成立由吉州民聯3黨組成的行動委員會,在批准一些政策前,必須尋求這個委員會的意見,大臣的誠意獲得行動黨的接納和歸隊。

事隔將近一個月,3黨方面未曾在彼此關係鬧僵後開會密談,行動委員會的成立工作,也未見積極推行。光明日報‧2009.07.26 Pg-A18

Justice for Beng Hock Candle Light Vigil











米都声援明福烛光和平请愿晚会于17/7/2009在民主行动党哥打士打支部位于新邦瓜拉新市镇的党所楼下举行. 出席者包含民联三党代表, 包括吾党哥打达鲁阿曼州议员李源益同志及回教党籍之吉打州行政议员伊士迈医生伉俪.
上述晚会于八时四十五分举行前已经受到警方及联邦后备军的干预及警告, 在经吾党代表交涉后, 警方同意通融至九时十分.
和平请愿晚会在九时十五分落幕, 但明福的案件, 几时才能水落石出, 让人民心服口服,让死者得以瞑目呢?

爱吾家园,认识火箭填色及绘画比赛











吉玻民主行动党主办之"爱吾家园,认识火箭"填色及绘画比赛, 献血运动及新选民登记运动成功于
17-7-2009, 上午10.30, 在 CITY PLAZA 城市广场举行.
该项活动获得92名儿童及中学生报名参加. 无独有偶, 献血运动及新选民登记则各获得25名善心人士参与. 在场的参赛者者都因为获得免费赠送限量版"火箭娃娃"而雀跃万分.
该项活动在哥打达鲁阿曼区州议员致词开幕及主持颁奖后, 于中午一时卅分圆满结束.















Saturday, July 25, 2009

DAP Kedah Batal Keputusan Keluar Pakatan

时间:2009-07-11 00:43:50 来源:东方日报 作者:记者

(亚罗士打10日讯)闹得沸沸扬扬的吉打州民主行动党因宰猪场事件爆发宣布退出民联的课题,随着课题有转机后,行动党今天召开的会议中决定撤回退出吉州民联政府的决定,重归吉州民联。行动党州主席苏健祥行政议员今天在哥打达鲁阿曼州议员李源益服务中心,召开历时1个半小时的会议后,达至上述决定,即撤回退出吉打民联政府的决定。

随着他做出宣布后,这个被民联领袖认为是茶杯里的风波,在激起涟漪不及10天的时间后,和气收场。他说,会议也一致议决向党中央抽回之前建议退出吉打州民联的决策。当面对记者的尖锐提问时,苏健祥否认之前的行动是一项威胁,他说,行动党的用意并不是要利用它来要求这个、那个或是勋衔与官职。他强调,吉州行动党作出上述决定并不是因为要肋得逞,也不纯粹是因为宰猪场问题或所提出的其他课题可望解决,而是因为州务大臣答应成立吉州民联机制。

他认为,这个机制有助于促进民联成员党之间的联系与沟通,以便在问题产生前得以在内部先解决,同时在处理一些诸如宗教寺庙等敏感性的问题时,都能够细腻处理。他表示,对于过去不愉快的事或谁是谁非,他们已不去追究,最重要是他们展望未来,希望能打造一个对不同种族与宗教的人民,都能公平与安宁的政治氛围。感谢大臣诚意协商他表示,他们感谢吉打州务大臣很有诚意的解决问题,同时对于拿督斯里阿兹占与林吉祥的会面中所商讨的一切,包括大家交换意见、提出心得、问题与立场等,都深感满意。

提到拟议中设立的吉打州民联机制时,他说,行动党州联委会将向州务大臣,提出每个成员党委派各6名代表入局的建议,他对这个新机制的功能操作表示乐观,并视它是一个可以在任何问题产生前,得以在各成员党商讨中解决或避免发生的一个良好机制。他希望至少每月能召开一次会议,以便能够商讨与解决包括一些可能会随时突发的问题。出席有关会议的领袖包括州署理主席伍薪荣、副主席卡纳古鲁和刘吉祥、秘书李源益州议员、财政萧涔淞、组织秘书赵德源、宣传秘书张开笔等12人,除了1人生病与3人请假外,州委成员们皆踊跃出席。-------------------------

DAP Kedah batal keputusan keluar Pakatan
KUALA LUMPUR, 10 Julai : - DAP Kedah hari ini menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat selepas mendapat jaminan kerajaan negeri untuk menyelesaikan semua pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa DAP negeri itu yang berakhir tengah hari tadi."Kita menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat yang kita buat sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.Pada 1 Julai lalu DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

Bagaimanapun Thomas berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan secepat mungkin."Ada beberapa perkara yang kita bangkitkan sebelum ini telah diselesaikan dan ada yang akan diselesaikan kemudian."Sebagai contoh isu pusat penyembelihan babi, MB (Menteri Besar) telah memberikan kita tempat alternatif iaitu di sebuah kawasan di Gurun," katanya.

Harakahdaily/-

MEMORANDUM kepada Menteri Besar Kedah








MEMORANDUM
KEPADA : Y.A.B. Dato Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman.
Daripada : Ahli Jawatankuasa Negeri Parti Tindakan Demokratik Kedah/Perlis.
Tarikh : 8 haribulan Julai, 2009
Perkara : Masalah-Masalah dan Isu-Isu Semasa di Negeri Kedah Darul Aman

1.0 Mukadimah
Memorandum ini adalah bertujuan untuk mengemukakan isu-isu dan dasar-dasar berkenaan dengan masalah yang timbul dari urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman bagi pertimbangan YAB Menteri Besar Kedah dengan harapan YAB Menteri Besar mengambil tindakan yang sewajarnya demi memastikan semua lapisan masyarakat Negeri Kedah akan dapat menikmati sistem pentadbiran yang lebih adil dan saksama.
Apabila Rakyat Malaysia menyokong calon-calon Pakatan Rakyat di Negeri Kedah semasa Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU-12), mereka menaruh harapan yang tinggi ke atas satu sistem pentadbiran Kerajaan yang lebih adil, telus, amanah, dan berkebajikan di mana segala hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia akan dibela tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Ini merupakan prinsip universal yang dihargai oleh semua lapisan masyarakat yang tegas menolak kerajaan Negeri Kedah Barisan Nasional yang mengamalkan prinsip diskriminasi serta menindas hak rakyat Malaysia.
Setelah 15 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah Darul Aman, warga Negeri Kedah mendapati wujudnya sesetengah dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah yang tidak megambil-kira kepentingan sesetengah lapisan masyarakat.
Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kedah yang merupakan rakan seperjuangan Pakatan Rakyat di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah merasa bimbang dan khuathir bahawa dasar-dasar dan polisi-polisi sedemikian akan turut meminggirkan segolongan masyarakat yang telah memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat semasa PRU-12 yang lalu.
Oleh yang demikian, DAP Kedah dengan ini mengemukakan secara telus isu-isu dan/atau dasar-dasar yang didapati tidak selaras dengan prinsip Pakatan Rakyat yang membela kepentingan semua lapisan rakyat Malaysia.
2.0 Latar Belakang Dan Isu-Isu Bermasalah
2.1 Isu Kuota 50% untuk bumiputra ke atas projek-projek perumahan :-
DAP Kedah menyeru supaya YAB Menteri Besar mengkaji semula dasar Kerajaan Negeri yang mengenakan kenaikan kuota 50% lot bumiputra ke atas tanah pegangan kekal yang ditukarkan daripada tanah Rezab Melayu untuk pembangunan perumahan.
Pada masa kemelesetan ekonomi global masa kini serta demi pembangunan Negeri Kedah yang lebih pesat dan maju, DAP Kedah merasa bahawa adalah tidak sesuai untuk menaikkan lagi kuota bumiputra (yang pada asalnya 30%) dalam skim pembangunan perumahan kerana ia akan menyebabkan kesukaran dan menjejaskan pembangunan skim perumahan khasnya di sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim.
Pada masa yang sama, ia juga akan mengurangkan daya-saing pemaju-pemaju yang terpaksa menanggung kos-kos yang lebih tinggi. Ini juga akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat setempat yang terpaksa menanggung kos perumahan yang lebih tinggi.
2.2 Cadangan Perobohan-Perobohan Rumah-rumah Beribadat :-
Sejak kebelakangan ini, timbulnya banyak isu-isu perobohan rumah-rumah beribadat di dalam Negeri Kedah yang sememangnya merupakan isu sensitif untuk semua lapisan masyarakat di Negeri Kedah. DAP Kedah telah menerima banyak aduan berkenaan dengan Notis-notis yang diterima dari Majlis Perbandaran dan/atau Majlis Bandaraya dalam Negeri Kedah yang bertujuan untuk merobohkan rumah-rumah beribadat tersebut.
DAP Kedah merasa amat gelisah sekiranya isu ini tidak ditangani dengan lebih halus dan sensitif, ia akan mencetuskan rasa tidak senang hati di golongan masyarakat terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang sepatutnya membela kepentingan semua lapisan masyarakat.
Oleh yang demikian, DAP Kedah mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk menangani isu-isu sedemikian dan pihak Majlis Perbandaran dan/atau Majlis Bandaraya tidak harus bertindak secara melulu tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Khas ini semasa menghadapi isu perobohan rumah-rumah beribadat.
DAP Kedah merasakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas ini akan dapat mengelakkan insiden-insiden di mana Majlis Perbandaran dan/atau Majlis Bandaraya mengambil tindakan melulu tanpa mengambil-kira perasaan dan hak semua kaum untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing.
2.3 Pelan cadangan pembinaan bangunan untuk Kedah Buddhist Association :-
DAP Kedah juga telah menerima aduan bahawa pelan untuk pembinaan bangunan Kedah Buddhist Association yang masih belum diluluskan oleh pihak Majlis Bandaraya Alor Setar walaupun permohonan telah dikemukakan sekian lama. Ahli Majlis DAP Kedah yang telah bertungkus-lumus cuba mencari cara penyelesaikan ke atas isu ini yang telah tergendala sekian lama merasakan pihak-pihak berkuasa nampaknya tidak bergiat untuk cuba menyelesaikan isu ini secara sempurna.
DAP Kedah kurang faham dan tidak dapat menerima layanan dan tindakan pihak Majlis Bandaraya Alor Setar yang enggan meluluskan permohonan pelan cadangan pembinaan bangunan untuk Kedah Buddhist Association tersebut.
DAP Kedah berharap Kerajaan Negeri dapat melaksanakan satu sistem di mana Pelan-Pelan pembangunan yang patut dan boleh diluluskan akan diuruskan dengan lebih baik dan lancer agar semua permohonan dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya.
2.4 Perobohan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.
DAP Kedah merasa amat kesal dan kecewa terhadap tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar yang merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya walaupun usaha gigih sedang dijalankan oleh semua pihak untuk mendapatkan tapak gantian yang lebih sesuai. Dalam hal ini, DAP Kedah juga bersetuju bahawa tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya kini adalah tidak sesuai lagi dan kami menyokong sepenuhnya keputusan Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan tempat gantian yang sesuai agar pengusaha-pengusaha berkenaan dapat meneruskan perniagaan mereka.
Akan tetapi, kami berasa amat kesal dan kecewa apabila tempat penyembelihan babi tersebut dirobohkan sebelum tapak gantian diperuntukkan. Ini merupakan isu makanan yang harus ditangani dengan lebih baik dan tindakan perobohan berkenaan telah menjejaskan sumber makanan para penduduk serta punca mata pencarian untuk segolongan masyarakat. Kerajaan Negeri Kedah sepatutnya berpegang kepada prinsip Pakatan Rakyat yang membela hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
3.0 Cadangan Kerjasama Peranan Y.A.B. Menteri Besar
Berikut adalah cadangan kerjasama daripada DAP Kedah agar YAB Menteri Besar memainkan peranan utama serta mengambil kira keadaan serta masalah-masalah yang dihadapi rakyat Negeri Kedah. Di antaranya adalah seperti berikut: -
1) Oleh kerana masih belum diujudnya Sekreteriat Pakatan Rakyat di Negeri Kedah sehingga hari ini, ia telah menimbulkan satu situasi di mana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak ada forum dan/ataupun kaedah yang sesuai di peringkat parti bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul. Oleh yang demikian, DAP Kedah menyarankan supaya Sekreteriat Pakatan Rakyat peringkat Negeri Kedah ditubuhkan dengan secepat mungkin dan dianggotai oleh pemimpin-pemimpin dari setiap parti Pakatan Rakyat.
2) Satu Jawatankuasa Ad-Hoc ditubuhkan untuk mengkaji semula dan mempertimbangkan perlaksanaan kenaikan kuota 50% lot bumiputra ke atas tanah pegangan kekal yang ditukarkan daripada tanah Rezab Melayu untuk pembangunan perumahan.
3) Semua Notis dan/atau tindakan perobohan tempat-tempat beribadat dihentikan dengan serta-merta dan satu Jawatankuasa Khas yang melibatkan anggota daripada ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat ditubuhkan untuk menangani isu-isu dan masalah-masalah berkenaan dengan rumah beribadat ini.
4) Satu tapak gantian tempat penyembelihan babi diperuntukkan dan/atau diluluskan oleh Kerajaan Negeri agar pihak Kerajaan Negeri dilihat berpegang kukuh kepada janji Kerajaan Negeri untuk memberikan tapak gantian kepada pengusaha-pengusaha yang berkenaan.
5) Satu tindakan proaktif untuk mempertimbangkan dan/atau meluluskan pelan cadangan pembinaan bangunan untuk Kedah Buddhist Association dengan secepat mungkin.
3.0 Kesimpulan
DAP Kedah amat percaya bahawa prinsip universal Pakatan Rakyat telah dan dapat diterima oleh semua rakyat Malaysia dan oleh demikian, kami di DAP Kedah tetap berjuang atas prinsip tersebut tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. DAP Kedah percaya kami juga dapat menyumbang kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah sekiranya ia juga berpegang dan berkomited kepada prinsip universal tersebut.
Diharap dengan adanya campur tangan, sokongan serta semangat kerjasama dari pihak YAB Menteri Besar Kedah, perkara yang berbangkit ini akan dapat diselesaikan dan semua masyarakat sama-sama dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Kedah Darul Aman. Justeru itu, harapan orang ramai yang telah menanti selama hampir 51 tahun supaya arah-tuju pentadbiran Negeri Kedah akan berubah menjadi lebih baik dan berkesan dapat dipenuhi serta masa depan semua rakyat Negeri Kedah Darul Aman adalah terjamin dan terbela.
Semoga perubahan politik yang diharap-harapkan oleh rakyat Negeri Kedah ini akan menjadi kenyataan.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Y.B. Thomas Su Keong Siong,
Pengerusi