About Kedah DAP

My photo
Established since 1967

Wednesday, August 26, 2009

Siapa kata DAP hina Islam ???




Kerajaan PR Kedah di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak sangat prihatin dengan rakyat, terutama sekali yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan peruntukan lebih bagi memerlukan bantuan menjalankan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan.

Wang berjumlah RM 6,000.00 telah diberikan kepada saya supaya diagihkan kepada setiap surau dan masjid kawasan Kota Darul Aman dengan tujuan untuk keperluan perbelanjaan dan sebagainya. Sumbangan ini disampaikan kepada rakyat kawasan DUN, untuk penimarahan masjid/surau dalam bulan Ramadhan ini dan setiap tahun, mengikut kemampuan Kerajaan Negeri Kedah.Peruntukan ini diberi supaya rakyat dapat menyalarkan aktiviti majlis berbuka puasa dan moreh pada bulan Ramadhan tahun ini.

Jumlah wang setiap kawasan adalah tidak banyak, memandangkan jumlah setiap masjid dan surau di kawasan saya setelah diagihkan adalah di antara RM 300 - RM 500 sahaja, melibatkan 14 masjid/surau. Peruntukan wang ini telah disampaikan oleh saya sendiri kepada setiap imam/ketua masjid/wakil kerana saya lebih berhasrat untuk lebih mendekati dengan masyarakat Melayu /Islam.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa, Parti DAP tidak selama ini, bersikap anti Islam atau anti mana-mana agama, bangsa dan warna kulit dan keturunan sepertimana yang dituduh dan digambarkan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab selama ini.

Lawatan ke masjid/surau ke seluruh kawasan DUN Kota Darul Aman pada 24 Ogos dan 25 Ogos adalah untuk mempereratkan lagi perhubungan saya sebagai wakil rakyat PR/DAP dengan ketua ketua/masyarakat Islam dan semua agama tanpa mengira fahaman politik di kawasan saya. (Disediakan oleh: YB Lee Guan Aik, ADUN Kota Darul Aman)